Tuesday, April 14, 2009

Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari

Salam..
Alhamdulillah, mesyuarat pertama Kelab Filem ASWARA 13 April 2009 hari itu dijalankan dgn situasi yang sangat selesa. 21 org (out of 150++ dari jumlah pelajar diploma dan ijazah Filem Video ASWARA) datang untuk melihat adakah penubuhan Kelab Filem yang dilahirkan semula ini bakal gagah atau sedia terjelepuk seperti kelab2 filem aswara yg sudah. Apa pun, terima kasih pada yg sudi hadir.
Jap.. aku terasa macam Majalah Beringin pulak bila guna ayat2 gitu dalam blog nih.. guna bahasa biasa sudehh..
Ok, mcm yg kita sumer tahu, sambutan terhadap kelab filem aswara ni memang sedih giler. Tapi ingat, tkyah salahkan mana2 pihak. Kita masing2 ada salah. Semua malas. Aku tau, ada yg panas bila hari tu aku cakap production luar selalu kutuk yg budak ASWARA ni pemalas. Aku tau, bukan semua pun macam tu. Tapi mmg serious shit, bila aku masuk ASWARA, aku pun jd pemalas. Sbb kat ASWARA ni, situasi dia tk macam institut pun. Best giler. Leh isap rokok luar kelas (dlm kelas pun ada, lecturer yg wat dulu ok!!) pastu dlm klaz time lecturer mengajar kita leh on9 facebook kat belakang, pastu huha huha jumpa budak2, abis time je, balik.. asignment petang ni nk anta, time lunch baru buat.. best kan?? Tapi tu lah, semua benda2 tu la yg sedikit sebanyak telah memalaskan diri kita, dan terbawa-bawa bila mula kerja kat luar. Aku bgtau ni bukan sbb nk burukkan ASWARA, tp sekadar mengingatkan; bukan saja pd korang tetapi juga pada diri aku sendiri..
Atas sebab tu juga lah, aku berusaha utk lahirkan balik kelab ni. Dasar yg aku nk letak pd kelab ni, sbnarnya bukanlah supaya budak2 filem ada aktiviti riadah dan screening semata2, sbb aku tau riadah korang sumer tu dh cukup, tkyah under club pun.. tapi sbnarnya, supaya korang semua tau dan sedar, apa tujuan sebenar korang utk masuk ASWARA; Fakulti Filem & Video. Korang rasa korang puas hati ke dgn ilmu yg korang ada? Puas hati ke dgn apa yg lecturer ajar? Puas hati ke dgn disiplin yg korang ada? Aku tak puas hati. Tau tk apsal. Skang aku dah masuk sem 2 degree, tapi budak kelas aku belum faham apa itu foreshadow dlm skrip.. WHAT?? benda tu sepatutnya lecturer dh explain masa first semester dlm asas penulisan skrip.. ASAS PENULISAN SKRIP. nama pun asas, tp bila aku selidik, apa yg lecturer sblm ni ajar aku pun tk tahu. Aku tk salahkan lecturer tu 100%, sbb mungkin dia terpaksa menerima jawatan itu disebabkan ketiadaan pengisian bg kekosongan yg dibebaskan oleh En Hishamudin Rais. Mungkin pengganti En Hishamudin Rais tu tak dpt silibus dr ASWARA.. yeah.. tp, walau apa2 pun lah kan.. kita sbg pelajar, "APA HAL PULAK KITA YG KENA TANGGUNG AKIBAT KEKURANGAN ILMU TERSEBUT?" kalau lecturer sendiri tidak ada rasa tanggungjawab utk memberi ilmu yg sepatutnya kita miliki, mcmn pelajar nk wujudkan rasa tanggungjawab tu pd diri? Ni la yg kita balik pd peribahasa, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..
So, benda2 ni lah yg aku nk letak dlm aktiviti kelab, iaitu membincangkan apa yg kita rasa tak cukup dlm kelas, kita lontarkan dlm kelab. mmg betul, sbg anak Melayu, kita takkanla nk direct cakap kt lecturer tu, "apa la encik ni, kita nk tau cara pengarahan dgn betul, bukan nk dengar pengalaman hidup encik!!" takkanla kita nk cakap depan muka dia kan, sah2 kita nervous.. ye la, mana la taw dia terus bg markah cibai kt kita; habis tuuu... extend ke apa hah?
lepas tu, segala komentar dan pandangan, kita dokumentasikan, kalau ada Dr Anuar atau En Wana turut serta datang dalam perbincangan kelab kita, sangat2 lah dialu2kan.. sbb aku yakin, diorang pun nk tgk kita berjaya dgn megah dalam industri filem negara..
Selain tu, insyaAllah, aku nk mintak kebenaran Dr Anuar utk kita upload film2 pendek hasil budak2 ASWARA dalam youtube. aku lebih senang dgn youtube sbnrnya berbanding laman web khas film club sbb:
1-pencarian mudah, tekan2 je jumpa.. org luar yg tk pnah tau pasal aswara pun leh tengok sbb youtube tu mmg mudah, tp klau website, sah2 org yg betul2 berminat je baru bukak..
2-komunikasi antara ASWARA dgn org luar termasuk institusi lain secara tidak langsung; berlaku dgn sgt pantas. diorang tgk, diorang akan bg komen- puji atau carut. then, kita leh study balik kenapa ia dipuji atau dicarut.. haha

sampai sini je la dulu. aku ngantok. esok ada meeting carma. kena ponteng klaz. nk wat camana? aswara tkde loan sundel.. pastu sibuk nak bar exam klau tk dtg klaz.. sedihh hidop...

Dari hati turun ke jari;
Amor Rizan
Presiden Kelab Filem ASWARA 09

7 comments:

  1. teruknyer aswara.. lecturer dia tk diiktiraf ke??

    ReplyDelete
  2. aswara tak teruk..yang penting ada pada diri sendiri student dan diri lecturer..tepuk dada tanye selere nak jadi ape..yang penting aku best di aswara bebanding universiti sebelum ni..haha..cume pengurusan slalu buat aku pening dan biasenye macam tuh la kat universiti yang len...takde yang akan 100% perfect ya..banyak lecturer yang bagus dan ade juga yang tak bagus..kalo yang tak bagus, amek jalan mcmne nak tambah ilmu di dada...bagus amor..chaiyork2!!!

    ReplyDelete
  3. yup, betul sgt2.. kat mana2 pun ada masalah ni, bukan ASWARA je.. aku cuma bgtau supaya kita sedar yg ilmu kita ni belum cukup, jd jgn rugikan masa, mana kita leh kongsi ilmu dan pengetahuan, kita share ramai2.. yg untung bukan org lain, kita jugak.. anyway, dateline utk kemasukan ASWARA 30 april ni, sempat lg utk panggil kwn2 turut serta.. why not tot tot tot!!

    ReplyDelete
  4. JANGAN TEGUR AKU... he he he

    Terpulang pada individu untuk improve diri kat luar. Lecture ASWARA dah ajar apa patut, Individu sendiri yg kena fikirkan lorong karya diorang. Contohnya budak budak fakulti Penulisan, dah 3 tahun dalam ASWARA, tapi satu karya pun tak ada. Nak salahkan siapa? Alhmdulillah aku pun ada la satu dua karya hu hu hu ... M.F KENCANA (www.jangantegur.com)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. cuba buat screening tetiap minggu,ada bran? dah 2 taun aku blaja kat aswara aku perasan hanya beberapa screening je yg dikendalikan oleh so called ftv club.walaupun aku bukn dari fakulti ftv,tapi filem juga adalah makanan ruji otak aku.pedulikan kehadiran,2 orang hadir kat screenig pon layankan je.kualiti bukan kuantiti!

    //ask not aswara student.

    ReplyDelete
  7. Salam semua, sori, aku ni orang luar..
    Kalau aku lah diberi peluang belajar di tempat korang ni, tentu aku akan belajar bersungguh giler, kerana dapat peluang sebegitu.

    Aku tak akan mengira, kelemahan lecturer ke, kelemahan pentadbiran ke, pada aku yg penting halatuju dan matlamat diri kita sendiri - nak kemana? ..

    Dah alang-alang belajar di situ, jadilah yang terbaik, sikap malas perlu dikikis.. Korang tak tahu, betapa berkobarnya orang macam aku ni nak belajar benda benda macam gini.. Cuma aku kini memang tak bolehlah, sebab kekangan masa, kerjaya dan famili dah membataskan semua..

    W/bagaimanapun, teruskan usaha.. semoga kalian sukses.. tq

    ReplyDelete